Pertama :
Niatkan kerana Allah SWT. Mohon keberkatan rezeki dari Allah Taala atau ingin mencontohi Nabi Muhammad sebagai seorang usahawan atau mengembangkan suatu perniagaan yang akan memberi keuntungan kepada ummah.
Kedua :
Pengedar HPA perlu menjadi pengamal produk-produk HPA. Adalah tidak jujur jika kita menganjurkan orang lain mengambil produk-produk HPA sedangkan kita sendiri tidak mengamalkan produk-produk tersebut.
Ketiga :
Produk yang kita amalkan “wajib” suci. Pastikan bahawa setiap produk yang kita amal atau gunakan mestilah suci dari segi syaraknya, dzatnya dan pembuatannya.
Keempat :
Perhatikan kemana keuntungan perniagaan dibelanjakan. Jika kita bergabung dengan perniagaan muslim sudah tentulah keuntungannya akan kembali kepada muslim. Bayangkan jika setiap susah payah dan keringat kita yang mengalir dalam menjalankan sesuatu perniagaan sedangkan keuntungan perniagaan itu dikembalikan kepada musuh-musuh Islam. Ambil iktibar dari kisah Rasullah yang mewujudkan pasar Anshor dalam peristiwa hijrah yang mana Sahabat bertransaksi sesama mereka sehingga pasar Yahudi gulung tikar.
Kelima :
Berniagalah dengan jujur. Hadis Nabi ada menyatakan: ” Pedagang yang jujur akan masuk ke syurga bersama Rasul tanpa hisab.”
Keenam :
Komunikasi atau suasana ( bi’ah ) yang Islami dan Solehah. Apabila wujudnya bi’ah yang solehah, maka orang-orang yang bersama-sama kita tentulah orang-orang yang soleh.
INGATLAH BAHAWA REZEKI ITU DARIPADA ALLAH MAKA JADILAH HAMBA YANG SENTIASA BERSYUKUR WALAUPUN SEDIKIT. JANGAN MALU UNTUK MENYEBUT BONUS YANG SEDIKIT DAN JANGAN ANGKUH UNTUK MENCERITAKAN BONUS YANG BANYAK KERANA YANG SEDIKIT PUN DARI ALLAH DAN YANG BANYAK PUN DARI ALLAH. WALLAHU A’LAM.
Dipetik dari buku ” INILAH JALAN KAMI “-Tuan Haji Ismail B Haji Ahmad.
No comments:
Post a Comment