Wednesday, June 24, 2009

Konsep Asas Halal dan Haram di Dalam Islam

Rasulullah saw telah menjelaskan dengan panjang lebar perihal konsep ini di dalam hadisnya yang bermaksud:

“ Sesunggunhya yang HALAL itu jelas dan yang HARAM juga jelas. Namun, diantara kedua – duanya ada perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara HALAL dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada halal atau haram).

Sesiapa yang menjaga dirinya dari segala yang syubhah, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram.

Perumpamaannya seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka dikhuatiri binatang-binatang ternakannya akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah! Sesunnguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah segala yang diharamkan olehNya

Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketyl daging. Jika seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku maksudkan itu ialah hati”

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Abdillah an-Nu’man bin Basyir r.a)

Daripada hadith ini, kita dapat mengambil beberapa ketetapan hukum iaitu:

1. Yang HALAL dan yang HARAM itu jelas di dalam Islam

2. Jauhi yang syubhat. Syubhat adalah perkara yang diragui halal-haramnya. Menurut Rasulullah saw, langkah terbaik ialah dengan meninggalkannya.

3. Kaitan penjagaan HALAL dan haram dengan hati. Apa kaitan hati dengan konsep ini? Persoalan ini dapat dijelas dengan dua tafsiran:

· Kesedaran untuk menjaga HALAL dan HARAM bergantung kepada hati. Hanya orang yang memiliki hati bertakwa dan takutkan Allah akan memehati makanan atatu barangan yang digunanya samaada halal atau haram. Adapun orang yang fasik dan memiliki hati kotor, baginya tidak penting sama ada rezeki yang dinikmatinya HALAL atau tidak. Yang penting adalah memenuhi selera dan nafsunya.

· Bersih dan sucinya hati berkait dengan makanan dan penggunaan barangan yang halal. Jika seseorang itu sentiasa menggunakan barangan yang halal, akan terjagalah hatinya. Akan tetapi jika ia mula terlibat dengan yang haram, akan kotor dan rosaklah hatinya.

HPA menawarkan berbagai-bagai jenis produk harian, kesihatan dan kosmetik yang HALAL dan di jaga proses pembuatannya. Kilang2nya mendapat gelaran GMP (Good Manufacturing Practice) yang dikeluarkan oleh Biro Farmaseutikal Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia

MARI BERSAMA HPA! Mai secawan~ J

Sebarang masalah/pertanyaan boleh hubungi kami di:

Afnan (013 440 4593) afnan.aminudin@gmail.com

Rohaya (013 913 1728) rohaya.ramli@gmail.com

1 comment: