Bersih dan sucinya hati berkait dengan makanan dan penggunaan barangan yang halal. Jika seseorang itu sentiasa menggunakan barangan yang halal, akan terjagalah hatinya. Akan tetapi jika ia mula terlibat dengan yang haram, akan kotor dan rosaklah hatinya.
"diolah daripada buku Perniagaan Produk Halal karangan Ahmad Adnan Fadzil terbitan HPA Industries Sdn Bhd"
Harga Pengguna Semenanjung Malaysia: RM 8.00 Sabah & Sarawak: RM
Harga Pengedar HPA Semenanjung Malaysia: RM 6.50 Sabah & Sarawak: RM
Nilai Mata (NM): 1
Antara produk yang paling ditunggu-tunggu oleh semua khasnya ahli HPA ialah deodorant. Sekarang ini kita sudah ada alternatif. Jom tukar dan amal. Produk ini telah diperkenalkan semasa Konvek 09 dan mendapat sambutan yang hebat. Stok agak terhad, dapatkan segera!
Berikut ialah ulasan Pengarah Urusan HPA mengenai Deodorant HPA:
Alhamdulilah kita telah pun memperkenalkan deodorant untuk lelaki dan wanita. Terdapat tiga jenis iaitu:
1. Radix Men (lelaki)
2. Centella Woman (wanita)
3. Centella Mild
Produk ini telah diperkenalkan semasa konvek 09 dan sudah berada di pasaran. Terima kasih kepada semua ahli-ahli yang mencadangkan pembangunan produk ini untuk pasaran MLM. Kita bertanggungjawab bagi mewujudkan produk altenatif selagi ada kemampuan. InsyaAllah.
KEPALA BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelaK termakan benda haram. Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.
Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ.
Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan. Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP, Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status kebersihannya.
"Tindakan pengusaha kilang ini dengan menyimpan perut dan daging babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk memang nyata salah.
"Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan," jelas Ideris.
Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain.
Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor. Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku.
Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian. Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B
Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun. Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari.
Apa benefit jadi ahli HPA nie???Inilah common soalan yang akan ditanya oleh sesiapa sahaja yang ingin tahu pasal HPA.
Kalu jadi ahli HPA nie dapat harga murah ckit dari harga pengguna biasa
Yuran nak jadi ahli, RM 30 jer seumur hidup. Berbaloi ker?
Saya nak jadi ahli jer, x nak jual2 nie.
Alhamdullilah, kalu jadi ahli HPA nie ada kesedaran untuk sama2 memajukan produk Muslim
Seboleh2nya, kalu dah jadi ahli HPA nie kita tanam azam dalam diri kita untuk menggunakan 100% produk yang btol2 diyakini halal dan juga keluaran Muslim serta tidak syubahah. Mulakan dari bawah. SIKIT2 LAMA2 JADI BUKIT...
Mmg x wajib untuk menjadi pengedar atau jurujual bila dah bergelar ahli HPA. Sebagai mana kita tahu, HPA adalah salah satu MLM yg mana ikut syariah. Sesiapa yang berusaha lebih (yang mana sambil membeli sambil merancang kewangan), insyaallah dia akan dapat income sampingan
Tidak jadi masalah untuk sesiapa sekadar membeli ikut keperluan jer
Ada setengah ahli yang betul2 nak cukupkan nilai mata setiap bulan untuk dapatkan bonus. Orang ini, mesti ada semangat yang tinggi dan pandai buat budget sendiri.
Memang diakui produk HPA mahal berbanding produk lain. Adakah kita pentingkan duit dari barangan HALAL? Kenapa sanggup beli baju mahal2, pg tgk wayang, pg makan kat hotel, beli itu, beli ini tp untuk beli barangan yang HALAL amat berat untuk keluarkan duit walaupun ianya mahal sedikit.
Sesiapa yang dah jadi ahli HPA, harap sentiasa aktif. Kalu x mampu aktif untuk promote kat orang cukuplah sekadar beli untuk keperluan sendiri dan juga harian kita. Jangan sia2 kan RM30 yang kita keluarkan mula2 jadi ahli dulu. Walau bagaimanapun, kita pandai2 la uruskan duit, produk mana yang penting untuk kita beli ikut kemampuan kita. Insyaallah, ALLAH Maha Mengetahui dan Maha Pemurah.
Ini hanya pandangan persendirian semata2. Mungkin ada betul, mungkin ada salah. Sama2 mengislahkan diri kita bukan sahaja dari segi ibadat, tarbiyah diri tetapi pemakanan dan penggunaan produk harian kita.
Di samping menjual barangan HPA di kedai Cawangan Seri Iskandar, cawangan ini telah menyediakan perkhidmatan Rawatan Perubatan Jawi. Insyaallah menjamin kesihatan diri kita
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
Rawatan bekam
Urut Tapak Kaki
Check darah tinggi
Kencing manis
Acupuncher
Perkhidmatan ini beroperasi setiap hari Khamis sahaja bermula 3 petang hingga 7 malam.
Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan diri dari awal lagi supaya tidak menyusahkan diri dan juga orang lain di hari muka.
Kelas Mingguan HPA diadakan setiap hari isnin, 9 malam bertempat di kedai cawangan HPA Seri Iskandar.
Apa yang kita dapat belajar dari kelas ini?
pengenalan syarikat
testimoni pengguna
product knowledge
motivasi & strategi perniagaan
penerangan marketing plan
berita terkini syarikat
pemberitahuan program-program semasa
Semua ahli HPA dijemput hadir dan sesiapa berminat pun boleh hadir. Masuk adalah percuma. Nak tanya berkenaan kekeliruan produk HPA dialu-alukan.
Sesiapa berkelapangan,luangkanlah masa anda untuk hadir ke kelas nie. Insyaallah dengan ilmu yang sedikit ini dapat menjamin kehidupan kita terutamanya dari segi pemakanan.
Apakah langkah yang perlu diambil oleh pengedar atau “peniaga” HPA untuk menjadi seorang usahawan muslim.
Pertama :
Niatkan kerana Allah SWT. Mohon keberkatan rezeki dari Allah Taala atau ingin mencontohi Nabi Muhammad sebagai seorang usahawan atau mengembangkan suatu perniagaan yang akan memberi keuntungan kepada ummah.
Kedua :
Pengedar HPA perlu menjadi pengamal produk-produk HPA. Adalah tidak jujur jika kita menganjurkan orang lain mengambil produk-produk HPA sedangkan kita sendiri tidak mengamalkan produk-produk tersebut.
Ketiga :
Produk yang kita amalkan “wajib” suci. Pastikan bahawa setiap produk yang kita amal atau gunakan mestilah suci dari segi syaraknya, dzatnya dan pembuatannya.
Keempat :
Perhatikan kemana keuntungan perniagaan dibelanjakan. Jika kita bergabung dengan perniagaan muslim sudah tentulah keuntungannya akan kembali kepada muslim. Bayangkan jika setiap susah payah dan keringat kita yang mengalir dalam menjalankan sesuatu perniagaan sedangkan keuntungan perniagaan itu dikembalikan kepada musuh-musuh Islam. Ambil iktibar dari kisah Rasullah yang mewujudkan pasar Anshor dalam peristiwa hijrah yang mana Sahabat bertransaksi sesama mereka sehingga pasar Yahudi gulung tikar. Kelima :
Berniagalah dengan jujur. Hadis Nabi ada menyatakan: ” Pedagang yang jujur akan masuk ke syurga bersama Rasul tanpa hisab.” Keenam :
Komunikasi atau suasana ( bi’ah ) yang Islami dan Solehah. Apabila wujudnya bi’ah yang solehah, maka orang-orang yang bersama-sama kita tentulah orang-orang yang soleh.
INGATLAH BAHAWA REZEKI ITU DARIPADA ALLAH MAKA JADILAH HAMBA YANG SENTIASA BERSYUKUR WALAUPUN SEDIKIT. JANGAN MALU UNTUK MENYEBUT BONUS YANG SEDIKIT DAN JANGAN ANGKUH UNTUK MENCERITAKAN BONUS YANG BANYAK KERANA YANG SEDIKIT PUN DARI ALLAH DAN YANG BANYAK PUN DARI ALLAH.WALLAHU A’LAM.
Dipetik dari buku ” INILAH JALAN KAMI “-Tuan Haji Ismail B Haji Ahmad.
Hati2 la kalu nak beli makanan yer, especially junk food.Sekarang nie kita kene berhati2 pilih makanan.Latih diri kita untuk pilih makanan yang halal dan juga elakkan makanan yang shubhah dan juga latih diri kita tuk tengok kat ingredients makanan tuh ada E-code ke x.Beberapa makanan yang ada E-code tuh antaranya twisties,munchy yang mana yang sempat saya tgk la.Yang lain tuh,sama2 kita tgk.Banyak lagi alternatif lain untuk kita beli makanan
Rasulullah saw telah menjelaskan dengan panjang lebar perihal konsep ini di dalam hadisnya yang bermaksud:
“ Sesunggunhya yang HALAL itu jelas dan yang HARAM juga jelas. Namun, diantara kedua – duanya ada perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara HALAL dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada halal atau haram).
Sesiapa yang menjaga dirinya dari segala yang syubhah, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram.
Perumpamaannya seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka dikhuatiri binatang-binatang ternakannya akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah! Sesunnguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah segala yang diharamkan olehNya
Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketyl daging. Jika seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku maksudkan itu ialah hati”
(Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Abdillah an-Nu’man bin Basyir r.a)
Daripada hadith ini, kita dapat mengambil beberapa ketetapan hukum iaitu:
1.Yang HALAL dan yang HARAM itu jelas di dalam Islam
2.Jauhi yang syubhat. Syubhat adalah perkara yang diragui halal-haramnya. Menurut Rasulullah saw, langkah terbaik ialah dengan meninggalkannya.
3.Kaitan penjagaan HALAL dan haram dengan hati. Apa kaitan hati dengan konsep ini? Persoalan ini dapat dijelas dengan dua tafsiran:
·Kesedaran untuk menjaga HALAL dan HARAM bergantung kepada hati. Hanya orang yang memiliki hati bertakwa dan takutkan Allah akan memehati makanan atatu barangan yang digunanya samaada halal atau haram. Adapun orang yang fasik dan memiliki hati kotor, baginya tidak penting sama ada rezeki yang dinikmatinya HALAL atau tidak. Yang penting adalah memenuhi selera dan nafsunya.
·Bersih dan sucinya hati berkait dengan makanan dan penggunaan barangan yang halal. Jika seseorang itu sentiasa menggunakan barangan yang halal, akan terjagalah hatinya. Akan tetapi jika ia mula terlibat dengan yang haram, akan kotor dan rosaklah hatinya.
HPA menawarkan berbagai-bagai jenis produk harian, kesihatan dan kosmetik yang HALAL dan di jaga proses pembuatannya. Kilang2nya mendapat gelaran GMP (Good Manufacturing Practice) yang dikeluarkan oleh Biro Farmaseutikal Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia
MARI BERSAMA HPA! Mai secawan~ J
Sebarang masalah/pertanyaan boleh hubungi kami di: